Thursday, August 27, 2015

Kawan-kawanku

iela, eyka, azah n siti

eyka, asilah, siti n iela

Assalamualaikum semua. Saje nak bercerita tentang kawan-kawan aku yg ni. 
Gambar atas tu kalau tak silap aku masa umur 20 kot means masa tahun 2013.
Gambar yg bawah pulak tahun ni masa raya hari tu.
Sebelum gambar raya ni, diorang ada berbuka puasa sama-sama.
Time tu ak tengah final exam so tak dapat la nak balik nak join sekali.
Aku kenal asilah ni pun rasanya baru tahun ni kot.
Baru nak rapat-rapat. Sebelum ni aku dengan lagi tiga orang yg dalam gambar atas tu je.
Aku kenal eyka, azah n siti masa umur 17.
Aku baru pindah ke smk meru.
Diorang ni la kawan aku sepanjang sekolah tu.
Dengan diorang ni la aku berjalan sana sini.
Dengan diorang ni la aku merempit dengan takde lesen motor pergi ke klang shah alam.
Time tu jugak aku mula bebas pergaulannya.
Alhamdulillah diorang boleh terima aku dalam kelas tu.
Dan alhamdulillah jugak sampai ke hari ni persahabatan ini masih kukuh
biarpun tak lagi selalu keluar bersama.
Almaklum la sekarang masing-masing da sibuk.
Diorang semua da bekerja.
Azah mula-mula buat bisnes then dapat kerja kerani di uitm shah alam tp bisnes tak tinggal.
Eyka pulak sekarang dah jadi polis. Polis kt perak nun jauh.
Kadang-kadang kalau dia cuti dia balik la.
Siti ni pulak kerja sebagai apa tah ngadap komputer kt dalam office kilang kt aman perdana.
Si Asilah ni aku taktao lak kerjanya apa. hehe.
Masing-masing da bekerjaya, aku je yg masih menyambung pembelajaran.
Rezeki masing-masing kan? Kita tak tahu siapa kita di masa yg akan datang.
Apapun yg jadi aku berharap persahabatan aku dengan diorang ni 
akan tetap kekal hingga ke akhir hayat.
Walaupun tak lama lagi azah dan siti dah nak nikah,
aku harap tidak akan terputusnya hubungan persahabatan ni.
Rasa excited, teruja, gembira, sedih, semuanya ada la.
Sebab diorang da nak nikah. Si eyka tungga masa jugak.
Aku rasa excited, teruja, gembira sebabnya kawan-kawan aku nak nikah da.
Tapi aku rasa sedih sebab aku taktao turn aku pulak bila. haha.
Takpe la, dah sampai seru diorang untuk berumah tangga. hehe.
Aku doakan moga diorang bahagia dunia dan diakhirat.
Rasanya setakat ni je kot yg aku nak cerita pasal diorang ni. huhu.
~Wslm~