![]() |
Rasanya raya first tanpa ayie.. |
Raya yg terakhir bersama arwah ayie.. |
![]() |
Gambar terakhir bersama arwah ayie.. |
![]() |
Gambar arwah ayie sebelum dia meninggal dunia.. |
![]() |
08 April 2011 Jumaat |
Gambar-gambar kat atas semuanya tentang aku dan juga keluarga aku.
Aku dilahirkan pada bulan Mei tahun 1993 dan adik aku,
Amri dilahirkan pada bulan January tahun 1995. Jarak kitorang tak jauh sangat kan?
Dan selepas arwah, jauh jaraknya baru ibu aku mengandung lagi.
Mungkin disebabkan jarak yg tak berapa jauh dan juga berdua je,
mungkin sebab tu kami rapat sangat-sangat.
Dari kecik kitorang suka sangat bergaduh. Kalau baik tu baik la, kalau gaduh tu mashaa Allah.
Macam bangunan tu nak diruntuhnya dengan jeritan kitorang berdua.
Alhamdulillah semuanya faham, faham la kot. hehe.
Jiran-jiran aku kebanyakkannya lelaki so tak hairan la kenapa perangai aku macam lelaki.
Dari kecik sampai la besar, kitorang macam selalu, kadang-kadang baik kadang-kadang gaduh.
Banyak rahsia dia yg aku tahu dan banyak jugak rahsia aku yg dia tahu.
Sebelum aku masuk belajar kt johor, mak aku mengandung.
Yeah, 12 tahun la jarak aku dengan adik no 3 yg lahir pada tahun 2005.
Tak lama lepas tu, tahun 2007 mak aku mengandung sekali lagi.
*Hurm, time ni otak aku tak berfungsi sangat so taktao la betul ke tak tahun tu :P
Time mak aku pregnant, sepupu aku yg bagitahu. Dua kali tu sepupu aku yg bagitahu.
Sabor je la dengan mak aku ni. Tahu la aku kecik lg baru umur 12 & 14 tahun.
Mungkin sebab jaraknya jauh sangat dengan dua orang tu dan
time diorang baru keluar tu aku takde sangat kt rumah rasanya sebab masih sekolah,
mungkin sebab tu aku tak rapat sangat dengan diorang. Ayie rajin la layan diorang.
Oleh kerana aku duduk jauh dan duduk dalam asrama, lagi la tak rapat dengan diorang sangat.
Masa aku form3 dan ayie form1, aku pujuk dia untuk sekolah di sekolah aku kt johor.
Sebab aku tahu rahsia dia la aku ugut suruh masuk jugak sekolah tu.
Sebabnya mak aku kata kalau adik aku tak sekolah kt sekolah tu, aku pun tak boleh sekolah da kt situ.
Aku sayang nak tinggalkan sekolah tu, tu yg kalau boleh biar la habiskan form3 kt situ.
Alhamdulillah ayie nak ikut cakap aku. hehe. Tapi kesian dia sebabnya homesick.
Baru je seminggu dua da demam dan sakit mata,
sampai mak ayah aku sanggup datang dari selangor ke johor. huhu.
Tapi alhamdulillah jugak dia sakit masa tu so takde la dia kena hadapi orentasi
pelajar-pelajar senior yg sengal-sengal semuanya tu.
Kalau tak, aku rasa dia yg histeria dulu sebab dia jenis penakut.
Then habis pasal tu, aku dengar dia kena buli pulak dengan senior-senior dia.
Tak guna betul la diorang ni, tao nak buli junior je. Geram jugak aku masa tu. haha.
Tapi nak buat macam mana, dah sikap diorang macam tu.
Tak lama pun sebab lepas je tahun tu berlalu, aku dan adik aku dipindahkan ke sekolah kapar.
Aku kat sekolah perempuan then dia kt sekolah sebelahnya, sekolah campur.
Time ni aku tak suka sangat sebabnya aku rasa macam terpinggir sikit la dalam kelas tu.
Lantak la, benda dah berlalu. Sekarang pun macam diorang tak ingat aku dah pun.
Malas nak pikir pasal tu. Adik aku pulak asek panjat pagar je bila tiba satu subjek ni.
Aku tak ingat subjek apa tapi sebab cikgu tu garang sangat kot.
Aku pun tak ingat sangat sebab dah lama kan.
Oleh sebab ni semua, kitorang ditukarkan sekolah sekali lagi. haha.
Aku tak ingat sama ada ditukarkan atau minta tukar.

Akhirnya sekolah di meru menjadi pilihan. Alhamdulillah kawan-kawan dapat terima aku.
Bukan kawan-kawan kelas sama je, kelas lain pun dapat terima aku dan agak ramai sebenarnya.
Adik aku pun rasanya dah selesa sebabnya dapat makwe lagi tu.
Bukan nak kata apa tapi adik aku ni sejak dari kecik ramai sangat minat dia.
Sampaikan dulu kt sekolah johor ada yg gaduh sebab berebutkan dia, haha.
Aku jugak la yg kena leraikan perempuan-perempuan tu. huhu.
Sampai kawan-kawan aku pun ada yg minat dia. Boleh jadi adik angkat. hehe.
Baru teringat yg adik aku ni ada kakak angkat yg sama sekolah dengan aku, sekolah perempuan.
Boleh tahan cantik. Aku berkawan jugak dengan dia tapi aku taktao sekarang dia kt mana.
Sambung pasal sekolah kt meru, aku okay je la kt sekolah tu tapi adik aku mula buat hal lepas puasa kot takpun lepas raya takpun tahun depannya, tahun dia nak pergi untuk selamanya.
Aku tak ingat sebenarnya. Tapi nak ceritakan pasal awal tahun 2011 tu.
Dia agak selalu ponteng sekolah. Mak aku cerita dia ni selalu je pagi-pagi kelam kabut nak p sekolah tapi bila mak aku dah sampai sekolah, dia takde pun kt sekolah.
Hurmm masa tu dia bermasalah. Aku lak jenis tak kisah asalkan dia tak buat benda yg teruk.
Yela, bukan hari-hari dia tak pergi sekolah cuma kadang-kadang je.
Aku selalu la jugak belikan adik laki aku ni makanan sebab dapat duit gaji kan.
Aku kerja sementara nak tunggu keputusan upu. Nak pendekkan cerita.
Masa hari adik laki aku nak pergi tinggalkan kami untuk selamanya, masa tu aku minta tolong dia. Dari pagi aku minta tolong dia untuk bawa aku ke tempat kerja lama aku.
Dia okay je la nak hantarkan aku. Lepas tu aku belikan nasi untuk dia.
Time tu dia kata untuk dia sorang je. Sebab kawan-kawan dia selalu gak datang ke rumah.
Lepas da ambil gaji tu, aku minta tolong dia ambil aku kt tempat kerja aku tapi sebelum balik tu aku cakap nak beli topap dulu then kena singgah balik kt tempat kerja aku tu.
Masa tu dia ikut je, dia diam je, dia tak marah pun. Aku pelik tapi biarkan je la.
Aku masuk kt tempat kerja aku tu sebab kakak angkat aku nak minta tolong aku.
Adik aku ni masa tu dia just tanya lama lagi ke sebab kalau lama dia nak balik dulu.
Aku terus la keluar. Masa dia tunggu aku kt luar tu, kawan tempat kerja aku cakap dia senyum dan tenung kawan aku tu dengan pandangan sayu je. Kawan aku beritahu lepas kejadian.
Then balik tu dia ucap terima kasih sebab belikan nasi. Aku ni kalau belikan pape untuk family & dihargai, aku memang nak menangis terharu je time tu. huhu.
Lepas tu akak aku call mintak tolong hantarkan dia balik. Hari tu hari jumaat so adik aku nak guna motor nak p solat jumaat la. Aku cakap nak pakai kejap tapi terlama sikit sebab apa tah.
Then balik rumah je dia marah-marah aku katanya sebab aku lambat dah jumpa ayah aku.
Sebab ayah aku ajak pergi berubat sekali sebab nak berubatkn aku masa tu.
Tapi sebelum keluar tu dia tertumpahkan milo kt baju melayu dia tu, sikit je.
Tapi dia masuk bilik untuk tukar baju punya la lama, taktao apa sebenarnya yg dia buat.
Tapi aku tak sangka, betul-betul tak sangka tu kali terakhir aku jumpa dia.
Masa tu aku dan ayah aku otw nak ambil mak aku untuk hantar aku berubat,
masa tu ayah aku dapat call kata adik aku dah takde, dia meninggal kt tempat kejadian.
Yg bagusnya aku masa tu, hp aku boleh tertinggal then masa tu aku tukar num yg orang lain taktao.
Aku rasa menyesal sangat-sangat dengan perbuatan aku yg tu sebab ramai kawan-kawan aku dan adik aku cuba untuk call aku nak beritahu pasal tu.
Sebab tu jugak kitorang lambat sampai ke tempat kejadian.
Masa tu aku rasa macam tak boleh nak terima kenyataan lansung pasal berita yg aku dengar ni.
Bila sampai je tempat kejadian, aku terus tak pikir apa terus lintas jalan then terus nak meluru ke adik aku. Yg bijaknya ada pakcik tahan aku. Masa tu aku marah sangat sebab tu adik aku.
Kenapa nak tahan-tahan aku? Aku rasa macam nak luruh jantung aku. Masa tu aku tengok kawan-kawan aku dan adik aku dah ada kt tempat kejadian. Cuma kami yg dapat tahu lambat.
Bila van nak bawa mayat adik aku ke HBTAR, aku terus call sepupu-sepupu aku beritahu pasal ni.
Makcik aku yg duduk kt jb tu terus kelam kabut datang ke rumah aku masa tu.
Diorang semua tak percaya apa yg aku cakap. Diorang tenangkan aku sebab aku pun tak berapa sihat sangat masa tu. memang malam tu banyak yg jadi. Aku tak mampu nak ceritakan.
Keesokan harinya baru dapat nak kebumikan arwah. Time tu aku agak menyesal sebab tak tengok muka dia buat kali terakhir masa kt kubur, aku hanya lihat masa kt surau je.
Hurmmm masa tu aku rasa macam aku da hilang sebelah hati aku ni sebab dia satu-satunya adik lelaki aku dan yg paling aku sayang & rapat. Dengan siapa aku nak bercerita malam-malam?
Owh pasal kawan dia juga aku bersimpati kerana dia meninggal bila tiba di hospital.
Adik aku dilahirkan di HBTAR dan disitu jugak pengakhirannya.
Urmmm cukup la sampai sini je cerita tentang arwah adik aku, amri ataupun aku panggil dia dengan nama ayie. Aku pun taktao kenapa ayie. huhu.
Sampai sekarang aku tak boleh dan takkan lupakan ayie dalam ingatan aku.
Moga roh arwah amri dan arwah zaidi dalam keadaan tenang dan dicucuri rahmat dariNya. Amin.

No comments:
Post a Comment