Monday, August 24, 2015

Assalamualaikum...

Blog ni blog kedua aku. 
Blog yg sebelum ni aku nak biarkan.
Nak delete tapi sayang so just hide dari umum.
Blog sebelum ni terlalu banyak tentang dia.
Bila aku baca balik post2 aku yg dulu,
aku rasa macam nak tergelak pun ada.
Sebabnya aku terlalu tak matang untuk ceritakan semuanya pasal dia.
Bukan la nak kata sekarang da cukup matang.
Cuma sekarang,aku taknak terlalu 'over' tentang insan yg bernama kekasih.
Selagi dia belum menjadi suami aku,
selagi tu aku rasa aku tak perlu 'over' tentang dia.
Memang kadang-kadang kita rasa macam perlu nak hebahkan pasal dia
tapi, kadang-kadang aku rasa tu cuma hati yg bersifat tamak 
yg ingin memiliki sesuatu yg belum pasti.
Bukannya aku tak ikhlas bersama dia
tapi, macam yg aku katakan tadi yg aku taknak 'over' je.
Sebabnya? Contoh paling dekat, 
ex aku yg aku selalu cerita dalam blog yg lagi satu tu.
Dia sekarang dah pun bahagia bersama isteri dan anak perempuan yg bam2.
Dulunya dia beriya sangat nakkan aku
tapi kesudahannya? Dia bukan jodoh aku.
Jadinya sekarang biarlah dengan siapa pun aku bersama,
biarlah aku diamkan sahaja.
Hanya kawan-kawan yg rapat je yg tao siapa orangnya.
Lagipun orang yg dengan aku sekarang ni tak suka nak heboh2.
So aku pun taknak heboh2 la :)
Macam yg dia kata, dia tak mampu nak berjanji apa2 pada aku.
Pada mulanya aku rasa macam dia tak ikhlas pun nak berkawan dengan aku
tapi lama kelamaan aku jadi terbiasa.
Aku pun tak lagi mahu berjanji itu ini.
Biar apa pun yg berlaku, aku terima dengan lapang dada dan hati yg terbuka.
Bukan senang aku nak jadi aku yg sekarang.
Aku yg dulu selalu sakit hati, selalu menangis disebabkan laki itu.
Tapi sekarang aku cuba sedaya mungkin untuk tak lagi menangis disebabkan lelaki.
Family ada, kawan-kawan pun ada jadi tak perlu la nak risau sangat ;)
Yang paling penting, Allah kan ada :D
Aku rasa aku perlu fokus untuk belajar aku ni dulu.
Belajar yg lagi penting. Aku ada banyak hutang dengan ibu n ayahku.
Aku cuba sedaya mungkin untuk dapatkan yg terbaik.
First sem aku dalam degree, aku dapat result yg agak teruk sekali.
Sampaikan aku kena pergi kem yg disediakan oleh pihak UiTM
untuk pelajar-pelajar yg resultnya agak teruk.
Aku berdoa dan memohon agar aku dapat menghabiskan degree aku ni
on time dan dapat konvo on time.
Sebolehnya aku tak mahu ulang kisah time diploma dulu.
Kawan-kawan aku yg lain da dapat grad on time 
tapi aku masih belum grad lagi.
Aku berharap sangat degree ni tak sama macam diploma dulu. 
Moga dipermudahkan segala urusanku semasa sem 4 & 5 ni. Amin

No comments:

Post a Comment