Wednesday, August 26, 2015

Perangai masing-masing


Biarlah orang tak suka berkawan dgn aku sebab perangai aku. Kadang-kadang berkawan dengan orang yg minum arak, hisap dadah lagi baik dari orang yg perasan dirinya bagus. Biarlah kita berkawan dgn beribu orang, asal pandai jaga diri sendiri. Aku cerita ni berdasarkan pengalaman aku. Ye,dulu aku ni teruk, nakal. Aku pernah bergaul dengan mat-mat rempit masa umur 17 tahun. Sampaikan kawan-kawan aku panggil aku minah rempit. Huhu. Aku tak kisah sebab bagi aku diorang ni la kawan yg sentiasa ada untuk aku tak kira bila aku senang mahupun susah. Alhamdulillah sebab diorang sentiasa tolong aku. Lepas tu aku ada bergaul dengan mat-mat kereta pulak. Kereta satria gti. Ada group kereta. Masa tu aku teruk sangat sebab lepak-lepak dengan diorang ni sampai pagi. Kadang-kadang aku tak balik rumah pun. Lepas je habis waktu kerja,kawan satu tempat kerja aku tu akan ambil aku kat tempat kerja aku then bawa la aku lepak mana-mana. Kadang-kadang dataran shah alam kalau malam minggu, kadang-kadang lepak kedai makan ataupun ikut diorang p jamming. Cuma time ni aku hanya merasa keseronokkan je. Lepas tu aku berkenalan pula dengan kawan-kawan baru. Diorang ni hisap dadah. Aku selalu ikut diorang ke tempat diorang hisap tu. Aku ikut je la. Diorang ajak aku hisap sekali tapi aku taknak. Kadang-kadang ada yg paksa tu, aku just cakap jangan paksa aku kalau aku dah kata taknak. Time ni aku seronok berkawan dengan diorang sebab diorang ni sporting. Bebas je nak cakap macam mana pun. Takde la sikit-sikit nak touching. Then family kawan aku ni pun suka caring pasal aku. Tu yg aku lagi sayang kt diorang. Hurmm cukup la setakat ni aku buka pekung didada. Kadang-kadang mulut aku celupar, cakap lepas apa yg ada dalam hati. Kadang-kadang musuh yg tak suka kau tu sebenarnya penasihat kau yg bagus sebabnya dia akan ckp semua perangai buruk yg kita ada. Dengan cara tu kita tahu perangai sendiri macam mana. Tapi aku ni susah nak makan nasihat, biarkan aku dgn diri aku k. Aku cerita semua ni bukan nak bagi orang bencikan aku. Aku cuma nak cerita macam mana aku dulu dan bagi pedoman kt orang lain agar tak ikut perangai aku ni. Setiap dari diorang yg aku kawan ni, diorang masing-masing ada nasihatkan aku supaya sentiasa jaga diri. Pasal kawan-kawan aku yg amek dadah tu, kalau boleh biar la diorang nak buat apa pun tapi jangan sampai kita pun terikut sekali. Kalau boleh kita nasihatkan diorang tu sambil berseronok tu. Dadah bukannya bawa kebaikkan. Kawan-kawan aku yg ambil dadah ni, diorang tak boleh nak tido lansung tw. Punya la rajin buat itu ini tp lepas tu, hurmm macam apa tah. Jauh perjalanan, banyak pengalaman. Banyak-banyak pergaulan ni beri aku banyak pengalaman dan juga tentang hidup. Buruk2, teruk2 aku pun biarlah, asalkn ada yg boleh terima ak seadanya. Alhamdulillah walau teruk macam mana pun aku ni, family aku tetap boleh terima aku. Terpulang pada pembaca, mahu judge aku macam mana. Aku adalah aku. Ni adalah tentang diri aku.
*Macam dah banyak merepek je ni*

No comments:

Post a Comment