Thursday, August 27, 2015

Kawan-kawanku

iela, eyka, azah n siti

eyka, asilah, siti n iela

Assalamualaikum semua. Saje nak bercerita tentang kawan-kawan aku yg ni. 
Gambar atas tu kalau tak silap aku masa umur 20 kot means masa tahun 2013.
Gambar yg bawah pulak tahun ni masa raya hari tu.
Sebelum gambar raya ni, diorang ada berbuka puasa sama-sama.
Time tu ak tengah final exam so tak dapat la nak balik nak join sekali.
Aku kenal asilah ni pun rasanya baru tahun ni kot.
Baru nak rapat-rapat. Sebelum ni aku dengan lagi tiga orang yg dalam gambar atas tu je.
Aku kenal eyka, azah n siti masa umur 17.
Aku baru pindah ke smk meru.
Diorang ni la kawan aku sepanjang sekolah tu.
Dengan diorang ni la aku berjalan sana sini.
Dengan diorang ni la aku merempit dengan takde lesen motor pergi ke klang shah alam.
Time tu jugak aku mula bebas pergaulannya.
Alhamdulillah diorang boleh terima aku dalam kelas tu.
Dan alhamdulillah jugak sampai ke hari ni persahabatan ini masih kukuh
biarpun tak lagi selalu keluar bersama.
Almaklum la sekarang masing-masing da sibuk.
Diorang semua da bekerja.
Azah mula-mula buat bisnes then dapat kerja kerani di uitm shah alam tp bisnes tak tinggal.
Eyka pulak sekarang dah jadi polis. Polis kt perak nun jauh.
Kadang-kadang kalau dia cuti dia balik la.
Siti ni pulak kerja sebagai apa tah ngadap komputer kt dalam office kilang kt aman perdana.
Si Asilah ni aku taktao lak kerjanya apa. hehe.
Masing-masing da bekerjaya, aku je yg masih menyambung pembelajaran.
Rezeki masing-masing kan? Kita tak tahu siapa kita di masa yg akan datang.
Apapun yg jadi aku berharap persahabatan aku dengan diorang ni 
akan tetap kekal hingga ke akhir hayat.
Walaupun tak lama lagi azah dan siti dah nak nikah,
aku harap tidak akan terputusnya hubungan persahabatan ni.
Rasa excited, teruja, gembira, sedih, semuanya ada la.
Sebab diorang da nak nikah. Si eyka tungga masa jugak.
Aku rasa excited, teruja, gembira sebabnya kawan-kawan aku nak nikah da.
Tapi aku rasa sedih sebab aku taktao turn aku pulak bila. haha.
Takpe la, dah sampai seru diorang untuk berumah tangga. hehe.
Aku doakan moga diorang bahagia dunia dan diakhirat.
Rasanya setakat ni je kot yg aku nak cerita pasal diorang ni. huhu.
~Wslm~



Wednesday, August 26, 2015

Perangai masing-masing


Biarlah orang tak suka berkawan dgn aku sebab perangai aku. Kadang-kadang berkawan dengan orang yg minum arak, hisap dadah lagi baik dari orang yg perasan dirinya bagus. Biarlah kita berkawan dgn beribu orang, asal pandai jaga diri sendiri. Aku cerita ni berdasarkan pengalaman aku. Ye,dulu aku ni teruk, nakal. Aku pernah bergaul dengan mat-mat rempit masa umur 17 tahun. Sampaikan kawan-kawan aku panggil aku minah rempit. Huhu. Aku tak kisah sebab bagi aku diorang ni la kawan yg sentiasa ada untuk aku tak kira bila aku senang mahupun susah. Alhamdulillah sebab diorang sentiasa tolong aku. Lepas tu aku ada bergaul dengan mat-mat kereta pulak. Kereta satria gti. Ada group kereta. Masa tu aku teruk sangat sebab lepak-lepak dengan diorang ni sampai pagi. Kadang-kadang aku tak balik rumah pun. Lepas je habis waktu kerja,kawan satu tempat kerja aku tu akan ambil aku kat tempat kerja aku then bawa la aku lepak mana-mana. Kadang-kadang dataran shah alam kalau malam minggu, kadang-kadang lepak kedai makan ataupun ikut diorang p jamming. Cuma time ni aku hanya merasa keseronokkan je. Lepas tu aku berkenalan pula dengan kawan-kawan baru. Diorang ni hisap dadah. Aku selalu ikut diorang ke tempat diorang hisap tu. Aku ikut je la. Diorang ajak aku hisap sekali tapi aku taknak. Kadang-kadang ada yg paksa tu, aku just cakap jangan paksa aku kalau aku dah kata taknak. Time ni aku seronok berkawan dengan diorang sebab diorang ni sporting. Bebas je nak cakap macam mana pun. Takde la sikit-sikit nak touching. Then family kawan aku ni pun suka caring pasal aku. Tu yg aku lagi sayang kt diorang. Hurmm cukup la setakat ni aku buka pekung didada. Kadang-kadang mulut aku celupar, cakap lepas apa yg ada dalam hati. Kadang-kadang musuh yg tak suka kau tu sebenarnya penasihat kau yg bagus sebabnya dia akan ckp semua perangai buruk yg kita ada. Dengan cara tu kita tahu perangai sendiri macam mana. Tapi aku ni susah nak makan nasihat, biarkan aku dgn diri aku k. Aku cerita semua ni bukan nak bagi orang bencikan aku. Aku cuma nak cerita macam mana aku dulu dan bagi pedoman kt orang lain agar tak ikut perangai aku ni. Setiap dari diorang yg aku kawan ni, diorang masing-masing ada nasihatkan aku supaya sentiasa jaga diri. Pasal kawan-kawan aku yg amek dadah tu, kalau boleh biar la diorang nak buat apa pun tapi jangan sampai kita pun terikut sekali. Kalau boleh kita nasihatkan diorang tu sambil berseronok tu. Dadah bukannya bawa kebaikkan. Kawan-kawan aku yg ambil dadah ni, diorang tak boleh nak tido lansung tw. Punya la rajin buat itu ini tp lepas tu, hurmm macam apa tah. Jauh perjalanan, banyak pengalaman. Banyak-banyak pergaulan ni beri aku banyak pengalaman dan juga tentang hidup. Buruk2, teruk2 aku pun biarlah, asalkn ada yg boleh terima ak seadanya. Alhamdulillah walau teruk macam mana pun aku ni, family aku tetap boleh terima aku. Terpulang pada pembaca, mahu judge aku macam mana. Aku adalah aku. Ni adalah tentang diri aku.
*Macam dah banyak merepek je ni*

Demam

Assalamualaikum. Saje nak beritahu yg aku hari ni masih demam lg. Dari petang semalam demamnya. Tiba-tiba je petang semalam pening kepala then badan da start panas. Masa tu memang tak larat sangat-sangat da. Masa ibu call tu boleh lagi nak bangun tp lepas tu je terus tak larat nak angkat hp pun. Hurmm bukan nak kata apa tp seriously memang tak larat. Bukan saje-saje. Semalam pun asek terbaring je atas katil. Dah tak larat macam ni pun ada je yg nak marah aku. Ada je yg anggap aku main-main. Ada je yg buat aku terasa hati. Yg lagi sakit hati,dah suruh aku rehat lepas tu tengah-tengah malam call aku lagi cakap apa tah. Dah awal-awal suruh aku tido lepas tu nak suruh aku bangun pulak. Tu pun ak gigihkn jugak nak angkat hp tu even ak tak sure apa yg aku cakapkan. Bukan apa,mula-mula layan sy nak taknak then nak suruh sy layan awk betul-betul pulak. Sekarang ni sy tengah sakit,paham tak? Mungkin masa sy nak mesej dengan awk tu,awk tengah tengok tv so nak taknak je layan sy. Elok sangat la tu. Bila sy marah,dimarahnya sy balik. Katanya sy yg salah. Padahal sikap sendiri tu yg tak betul. Bukan nak mengata tapi benda betul. Apa salahnya kalau layan sy ni elok-elok sikit. Sy ni siapa sebenarnya bagi awk? Sy tanya dua kali awk dah makan ke belum tapi,ada awk jawab? Kadang-kadang tu sy terpaksa tanya banyak kali atau sy malas nak tanya da soalan yg sama. Lagi cakap pasal benda lain ada la. Tu la selalu kalau sy yg lupa pasal awk,bukan main lagi nak marah kata sy ni bukan nak ingat pasal awk pun. Tp kalau sy cakap pasal sy then awk kata sy takde beritahu pun. Siapa yg pelupa sebenarnya? Hurmm sy banyak kali terasa hati dengan awk sebenarnya. Pasal layan sy nak taknak tu,sy rasa macam awk ni tak terlalu ambil berat pasal sy pun,macam awk ni lebih pentingkan orang lain dari sy,macam sy ni bila awk bosan awk cari. Kadang-kadang kalau hati sy sakit sangat-sangat,sy rasa biarlah dulu chat awk tu. Sy balas chat-chat orang lain dulu. Tapi time tu tahu pulak nak marah sy. Urm pape je la. Kalau sy cakap kt awk semua ni,mesti la awk marah sy balik kan. Nak kata sy yg tak betul,sy yg tak paham awk,bukan chat sy sorang je yg awk kena balas. Kalau macam tu,bukan chat awk sorg je yg sy nak balas. Biar sy balas chat orang lain dulu. Agaknya baru puas hati awk kot. Heishh,sebab sekarang da lega sikit demamnya cuma cirit birit pulak so boleh la nak type complain banyak-banyak. Sy cuba sedaya mungkin untuk buat baik dengan awk. Sy rindu awk tao tak 😞

Monday, August 24, 2015

Assalamualaikum...

Blog ni blog kedua aku. 
Blog yg sebelum ni aku nak biarkan.
Nak delete tapi sayang so just hide dari umum.
Blog sebelum ni terlalu banyak tentang dia.
Bila aku baca balik post2 aku yg dulu,
aku rasa macam nak tergelak pun ada.
Sebabnya aku terlalu tak matang untuk ceritakan semuanya pasal dia.
Bukan la nak kata sekarang da cukup matang.
Cuma sekarang,aku taknak terlalu 'over' tentang insan yg bernama kekasih.
Selagi dia belum menjadi suami aku,
selagi tu aku rasa aku tak perlu 'over' tentang dia.
Memang kadang-kadang kita rasa macam perlu nak hebahkan pasal dia
tapi, kadang-kadang aku rasa tu cuma hati yg bersifat tamak 
yg ingin memiliki sesuatu yg belum pasti.
Bukannya aku tak ikhlas bersama dia
tapi, macam yg aku katakan tadi yg aku taknak 'over' je.
Sebabnya? Contoh paling dekat, 
ex aku yg aku selalu cerita dalam blog yg lagi satu tu.
Dia sekarang dah pun bahagia bersama isteri dan anak perempuan yg bam2.
Dulunya dia beriya sangat nakkan aku
tapi kesudahannya? Dia bukan jodoh aku.
Jadinya sekarang biarlah dengan siapa pun aku bersama,
biarlah aku diamkan sahaja.
Hanya kawan-kawan yg rapat je yg tao siapa orangnya.
Lagipun orang yg dengan aku sekarang ni tak suka nak heboh2.
So aku pun taknak heboh2 la :)
Macam yg dia kata, dia tak mampu nak berjanji apa2 pada aku.
Pada mulanya aku rasa macam dia tak ikhlas pun nak berkawan dengan aku
tapi lama kelamaan aku jadi terbiasa.
Aku pun tak lagi mahu berjanji itu ini.
Biar apa pun yg berlaku, aku terima dengan lapang dada dan hati yg terbuka.
Bukan senang aku nak jadi aku yg sekarang.
Aku yg dulu selalu sakit hati, selalu menangis disebabkan laki itu.
Tapi sekarang aku cuba sedaya mungkin untuk tak lagi menangis disebabkan lelaki.
Family ada, kawan-kawan pun ada jadi tak perlu la nak risau sangat ;)
Yang paling penting, Allah kan ada :D
Aku rasa aku perlu fokus untuk belajar aku ni dulu.
Belajar yg lagi penting. Aku ada banyak hutang dengan ibu n ayahku.
Aku cuba sedaya mungkin untuk dapatkan yg terbaik.
First sem aku dalam degree, aku dapat result yg agak teruk sekali.
Sampaikan aku kena pergi kem yg disediakan oleh pihak UiTM
untuk pelajar-pelajar yg resultnya agak teruk.
Aku berdoa dan memohon agar aku dapat menghabiskan degree aku ni
on time dan dapat konvo on time.
Sebolehnya aku tak mahu ulang kisah time diploma dulu.
Kawan-kawan aku yg lain da dapat grad on time 
tapi aku masih belum grad lagi.
Aku berharap sangat degree ni tak sama macam diploma dulu. 
Moga dipermudahkan segala urusanku semasa sem 4 & 5 ni. Amin